KUALA LUMPUR 27 Julai – Walaupun komuniti lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) mempunyai hak untuk mengamalkan gaya hidup mereka di bawah hak asasi manusia, akan tetapi mereka masih tertakluk dengan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan perkara itu diamalkan di Malaysia.
![]() |
|
Foziah Dato’ Nawawi
|
Ketua Wiranita Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Foziah Dato’ Nawawi berkata, pihaknya mahu kerajaan Pakatan Harapan mengambil tindakan tegas terhadap golongan LGBT dan jangan membiarkan kelompok ini menyebarkan fahaman LGBT mereka serta mencari pengaruh dalam kalangan belia dan remaja Islam.
“LGBT bukan sahaja jijik di sisi Islam, bahkan bertentangan al-Quran dan sunnah serta norma-norma masyarakat Timur dan nilai budaya positif masyarakat Malaysia.
“Wiranita Perkasa menggesa kerajaan Pakatan Harapan agar mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan LGBT yang semakin menjadi-jadi sehingga boleh mempengaruhi masyarakat di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE









