Kerajaan negeri usaha cari penaja pasukan bola sepak Perak - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri usaha cari penaja pasukan bola sepak Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN – Kerajaan negeri Perak akan membantu mendapatkan tajaan untuk pasukan nola sepak negeri selain daripada Lembaga Air Perak (LAP) ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, usaha tersebut penting bagi membantu LAP mengurangkan perbelanjaan seterusnya memberikan diskaun air domestik kepada lebih ramai lagi penduduk di Perak.

Katanya perbelanjaan menguruskan pasukan bola sepak negeri yang menelan belanja RM8 juta hingga RM10 juta setahun dilihat begitu tinggi.

“Walaupun syarikat itu minat bola tapi untuk jadikan pasukan kita juara tidak perlulah berbelanja besar sangat sudah memadai hanya RM2 juta hingga RM4 juta setahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Teluk Intan di Air Hitam di sini hari ini.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di Tapah, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang mengucapkan  tahniah kepada barisan kepimpinan UMNO yang baharu selepas pemilihan parti itu semalam. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN