KUALA LUMPUR – Kerajaan dalam proses mengkaji semula Dasar Automotif Nasional bagi memastikan indsutri automotif negara kekal kompetitif termasuk cadangan mewujudkan kereta nasional baharu. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kajian tersebut juga akan membincangkan pembangunan syarikat-syarikat tempatan, aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan peningkatan eksport. Beliau berkata, industri automotif amat penting jika kita bercita-cita menjadi negara maju kerana sebuah negara maju perlu mengadakan kebolehan tinggi dalam bidang kejuruteraan.…










