Kerajaan berhak kaji semula perjanjian air - Utusan Malaysia

Kerajaan berhak kaji semula perjanjian air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Kerajaan berhak mengkaji semula perjanjian air yang telah lama dibuat bersama Singapura demi mendapatkan keadilan dan hak sama rata.

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang–Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, tindakan tersebut bukanlah suatu dosa atau kesalahan besar kepada Malaysia.

Ujarnya, dalam sesuatu kontrak atau perjanjian kemungkinan wujud peruntukan tertentu yang membenarkan satu proses semakan untuk dibuat dengan mengambil kira keadaan semasa yang sudah berubah berbanding dengan keadaan lebih 50 tahun dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adalah disarankan supaya pihak kerajaan Malaysia mendapatkan semua perjanjian air yang telah dibuat dengan Singapura serta menyerahkannya kepada pejabat Peguam Negara untuk dikaji dengan sedalam-dalamnya.

“Apa yang paling penting adalah sebarang jenis perjanjian yang dibuat perlu adil dan saksama dengan semua pihak yang terlibat dengan perjanjian seperti sering dilaungkan Singapura dalam urusan dengan Malaysia iaitu mesti ada suasana menang-menang dalam segala usahasama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, kerajaan akan menaikkan harga jualan air mentahnya kepada Singapura pada nilai yang berpatutan dan sesuai dengan keadaan semasa.

Katanya, harga baharu itu berkemungkinan sama dengan kadar jualan air mentah yang ditetapkan untuk kerajaan Melaka iaitu 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN