SHAH ALAM – Kerajaan akan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) ( SOSMA) 2012 yang dilihat tidak telus bagi memberi keadilan kepada semua rakyat. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat berhak untuk dilindungi oleh undang-undang yang adil dan bukannya bersifat zalim kepada rakyat seperti yang dilaksanakan kerajaan terdahulu. “Sebagai contoh undang-undang SOSMA yang mana membolehkan kerajaan tangkap sesiapa sahaja tanpa bawa ke mahkamah. Kita (Pakatan Harapan) akan ikut…










