KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan akan membawa pulang segera jenazah seorang rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok hari ini. Mangsa yang dikenali sebagai Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, itu merupakan salah seorang peserta dalam program mendaki gunung berapi Rinjani bersama 17 warga Malaysia lain. Mangsa terkorban akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan, manakala enam lagi turut dilaporkan…










