Kenderaan rosak disebabkan keadaan jalan - Utusan Malaysia

Kenderaan rosak disebabkan keadaan jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG

SAYA setuju dengan aduan Rider Kental dalam ruangan Forum Utusan Malaysia terbitan 2 Julai lalu mengenai kerosakan jalan sekitar simpang empat antara Jalan Chan Sow Lin-Jalan Tun Razak dan Jalan Pudu-Jalan Cheras.

Bukan sahaja disebabkan tumpahan simen, keadaan jalan juga sangat teruk terutama Jalan Cheras ke arah Sunway Velocity yang agak teruk walaupun menjadi laluan utama penduduk Cheras dan Ampang.

Saya harap pihak berwajib pantau dan perbaiki keadaan jalan sekitar kawasan ini kerana sudah ramai pemandu berdepan kerosakan tayar dan enjin disebabkan jatuh ke dalam lubang atau melanggar bonggol simen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sesetengah pengguna jalan raya tiada pilihan lain dan terpaksa juga menggunakan jalan di kawasan tersebut.

Diharap pihak berwajib dapat membantu kami mengelak daripada kemalangan atau kerosakan kenderaan kelak.

SITI AMINAH HASHIM

Ampang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN