JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak seteruk semasa penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata, semasa pelaksanaan GST, rakyat membayar cukai berjumlah RM44 bilion kepada kerajaan berbanding anggaran kira-kira RM20 bilion yang akan dikutip menerusi SST. “Itu bermaksud bahawa rakyat di bawah sistem SST akan membayar kurang…










