Kementerian lain pantau peniaga menaikkan harga kesan SST - Guan Eng - Utusan Malaysia

Kementerian lain pantau peniaga menaikkan harga kesan SST – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bagi mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan.

Beliau berkata, tindakan harus diambil terhadap peniaga yang cuba meraih keuntungan secara tidak bertanggungjawab.

“Sudah tentu kita akan serahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengambil tindakan dan penguatkuasaan yang sewajarnya.

“Adalah sesuatu yang tidak baik dan antinasional (menaikkan harga barang). Tindakan harus diambil terhadap mereka yang cuba meraih keuntungan secara tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis makan tenghari anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN