KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka membuat keputusan mengenai kementerian yang akan bertanggungjawab terhadap Majlis Amanah Rakyat sebelum tempoh 100 hari janji Pakatan Harapan berakhir, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md Yusof. Katanya, pada masa ini perkara itu masih dibincangkan di peringkat kabinet. “Kalau ikut kerajaan yang lepas Mara diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tetapi dengan kerajaan baharu ini kita nampak apa yang dibubarkan pada 2009 mungkin kita akan…










