KOTA BHARU – Kelantan perlu mengadakan rundingan semula dengan kerajaan Persekutuan bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355, kembali dibahaskan di Parlimen. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dalam soalan tambahannya berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas berjaya meyakinkan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu untuk membawa perkara berkenaan menerusi rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh Ahli Parlimen…










