Kelantan ke Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Kelantan ke Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 29 Julai – Tuah nyata menjadi milik Kelantan apabila kemenangan 2-1 ke atas Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi mengesahkan pasukan itu ke saingan Piala Malaysia musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan, Kelantan yang menduduki tangga ke-11, layak secara merit ke saingan Piala Malaysia sekaligus menyingkirkan Negeri Sembilan selain memberikan kelegaan buat pemangku jurulatih Yusri Che Lah selepas dihimpit pelbagai kontroversi musim ini.

Beraksi di atas permukaan padang yang becak, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berhati-hati apabila setiap peluang yang dimilik gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, nasib lebih menyebelahi tuan rumah apabila berjaya memanfaatkan satu-satunya peluang tunggal dengan meledakkan jaringan menerusi rembatan jarak dekat Muhammad Daniel Asyraf Abdullah pada minit ke-42 untuk mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua, Iwuji Amutu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-46 namun rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gawang Kelantan Mohamad Faridzuean Kamarudin.

Minit ke-56, Mohd. Faisal Rosli mempersia-siakan peluang menyamakan kedudukan apabila lambungannya sekadar melewati palang meskipun pintu gol Kelantan sudah terngaga.

Amutu kembali menghangatkan suasana perlawanan dengan meledakkan jaringan penyamaan pada minit ke-65 selepas tenang menyudahkan hantaran rakan sepasukan.

Shafiq Sharuddin menceriakan penyokong Kelantan dengan meledakan jaringan kedua pada minit ke-76 untuk menjarakkan kedudukan menjadi 2-1 dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×