PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengaktifkan bilik operasi ekoran gempa bumi dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter yang melanda beberapa kawasan di Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada pukul 5.47 pagi waktu tempatan hari ini. Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini. “Rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi…










