Kawah Ijen pancar cahaya biru - Utusan Malaysia

Kawah Ijen pancar cahaya biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 9 Julai – Gunung berapi Kawah Ijen di wilayah Banyuwangi, Jawa Timur yang turut dikenali sebagai ‘gunung berapi biru’ menjadi tumpuan pelancong apabila memancarkan cahaya berwarna biru dari dalam gunung berkenaan.

Gambar-gambar yang disiarkan portal Daily Mail menunjukkan gunung tersebut memancarkan cahaya biru sehingga 4.8 meter tinggi ke udara dalam pelbagai bentuk.

Menurut pakar, cahaya biru itu bukan daripada lahar gunung berapi yang mempunyai warna sama seperti gunung berapi lain namun cahaya itu adalah daripada gas yang dikeluar­kan oleh gunung terbabit.

Kawah Ijen mengandungi gas sulfur yang tinggi dan apabila terdedah kepada oksigen di udara serta bertembung dengan lahar akan memancarkan cahaya biru.

Gunung tersebut menyimpan gas sulfur yang tertinggi di dunia.

Tidak seperti gunung berapi biasa yang dilihat menghamburkan lahar berwarna merah pada siang hari, cahaya biru Kawah Ijen hanya boleh dilihat pada waktu malam.

Gambar-gambar menarik yang disiarkan oleh portal tersebut telah diambil oleh Donny Nugraha Pratama, 32, dari Tangerang, Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN