Semasa usaha mencari kem musuh di dalam hutan giat dijalankan, pasukan Kapten V. Mohana Chandran terserempak dengan sekumpulan Orang Asli yang memberi maklumat bahawa komunis sedang mendirikan kem menggunakan gergaji rantai, menunjukkan satu kem latihan besar-besaran sedang dibina. Setelah Ejen Khas Kerajaan yang merupakan bekas pengikut komunis mengesahkan bahawa terdapat laluan musuh di sepanjang perjalanan itu, Mohana Chandran meminta bantuan daripada markas batalion untuk melakukan satu serangan secara besar-besaran, satu…










