BEKAS jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meneliti dari pelbagai sudut sebelum mengambil keputusan untuk memanggil pemain naturalisasi mewakili skuad Harimau Malaya pada masa depan. Rajagobal yang dianggap sebagai jurulatih paling berjaya buat skuad bola sepak negara percaya perbincangan mengenai rancangan untuk mengambil pemain naturalisasi ini sejajar dengan arus peredaran zaman. “Agak sukar buat saya sama ada untuk katakan keputusan tersebut akan berikan lebih keburukan…










