KUALA LUMPUR 23 Julai – Kadar jualan asing di Bursa Malaysia menjadi semakin perlahan untuk empat minggu berturut-turut, menjadikannya penjualan mingguan paling kecil dalam 2018. Menurut MIDF Research, berdasarkan data awal daripada Bursa yang mengecualikan tawaran luar pasaran, jumlah yang dijual oleh dana global minggu lepas telah berkurang lebih separuh daripada RM531.8 juta kepada RM247.1 juta. Firma penyelidikan itu berkata, pelabur global merupakan penjual bersih setiap hari kecuali pada Rabu…









