Kabinet baharu cerminkan demokrasi kaum - Utusan Malaysia

Kabinet baharu cerminkan demokrasi kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Kabinet baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) melambangkan integrasi pelbagai kaum, negeri dan pengiktirafan bagi wanita di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

NIK AHMAD KAMAL

Daripada 26 orang menteri dan 23 timbalan menteri, lima menteri adalah daripada masyarakat Cina, masyarakat India (3), Kadazandusun (1), Lun Bawang (1) dan selebihnya (16) daripada masyarakat Melayu. Dalam barisan timbalan menteri pula tujuh daripada mereka adalah daripada masyarakat Cina dan satu India.

Selain itu, buat kali pertama kabinet persekutuan diwakili oleh lima menteri wanita, terma­suk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan empat lagi timbalan menteri daripada wanita.

Penganalisis politik, Prof. Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, penyertaan daripada pelbagai kaum dan jantina dalam kabinet itu juga mencerminkan semangat demokrasi selain gabungan parti politik yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Berlainan latar belakang kaum dan tahap pendidikan merupakan elemen penting ke­rana ia memberi asas yang baik dan kukuh untuk menteri dan timbalan menteri menjalankan tugas dengan efektif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

SHARIFAH HAPSAH
SHARIFAH HAPSAH

Sementara itu, Presiden Majlis Pertubuhan Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO) Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan berkata, pelantikan lima menteri dan empat timbalan menteri wanita dalam Kabinet mampu mengangkat martabat wanita sebagai pembuat dasar kerajaan.

“Pelantikan dibuat bukan hanya untuk memenuhi kuota, tetapi mereka (menteri dan timbalan menteri) dipilih berdasarkan kelayakan dan kebolehan masing-masing.

“NCWO merakamkan tahniah kepada jemaah menteri yang dilantik dan kami sangat bersyukur dengan penyertaan wanita. Se­tinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri,

Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kepercayaan yang diberikan kepada kaum wanita,” katanya

Seramai 13 menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Sebelum ini pada 21 Mei, 13 lagi Menteri telah mengangkat sumpah jawatan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN