PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) membuat kejutan apabila menamakan pemain pelapis kebangsaan yang menduduki ranking ke-81 dunia, Cheam June Wei bagi membawa cabaran negara ke Sukan Asia 2018 di Palembang dan Jakarta, Indonesia bulan depan. Pemilihan pemain berusia 21 tahun itu adalah bagi menggantikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri susulan masalah kesihatan. Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar kecil) berkata, keputusan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) selepas menilai beberapa faktor utama selain mengambil kira kecederaan yang dialami seorang lagi pemain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya