KUALA LUMPUR 22 Julai – Bekas pemain skuasy No. 5 dunia, Low Wee Wern memastikan gelaran Terbuka Malaysia 2018 buat kali pertama berada dalam dakapannya setelah menundukkan pemain remaja Jepun, Satomi Watanabe dalam perlawanan akhir di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini. Anak kelahiran Pulau Pinang yang melakukan kemunculan sulung dalam jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) setelah berehat selama 20 bulan akibat kecederaan itu menewaskan Watanabe, 19,…










