Jho Low dipercayai guna pasport negara lain - KP Imigresen - Utusan Malaysia

Jho Low dipercayai guna pasport negara lain – KP Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai bergerak dengan menggunakan pasport negara Saint Kitts and Nevis yang terletak di kepulauan Caribbean, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

“Mengenai Jho Low tentunya kita bekerjasama dengan pihak polis. Pasport (Malaysia) dia kita dah batalkan pada 15 Jun (lepas) atas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“… dan kita percaya yang dia telah menggunakan pasport satu lagi iaitu Saint Kitts and Nevis untuk pergerakan-pergerakan yang lain,” katanya di Menara Ilham, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya tentang sejauh mana ahli perniagaan itu mampu bergerak menggunakan pasport tersebut, beliau berkata ia ‘bergantung’.

Mustafar turut menegaskan, pihaknya tidak ada maklumat lanjut dan menunggu perkembangan seterusnya daripada polis.

Menurut laporan media, pasukan Polis Diraja Malaysia yang menjejaki Jho Low di Hong Kong mendapati ahli perniagaan itu sudah keluar dipercayai ke Macau. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×