Jho Low bersembunyi di Hong Kong sebelum ke Macau - Utusan Malaysia

Jho Low bersembunyi di Hong Kong sebelum ke Macau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai – Ahli perniagaan yang diburu berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai bersembunyi di Admiralty, Hong Kong sebelum berpindah ke Macau.

Memetik portal South China Morning Post, sumber memberitahu, Jho Low bersama rombongannya menginap di beberapa bilik di Pacific Place Apartments, Hong Kong.

Jelas sumber, Jho Low menginap di tingkat 32, 34 dan 36 di apartmen tersebut selama beberapa bulan.

“Dia tinggal di apartmen tersebut bersama keluarga dan rombongannya sebelum pergi ke Macau beberapa hari lalu.

“Walaupun berada dalam notis merah Polis antarabangsa (Interpol), polis Hong Kong tidak menahan Jho Low kerana tidak ada permohonan rasmi dari Malaysia atau Singapura,” kata sumber.

Berdasarkan beberapa laman sesawang, seunit rumah dengan satu bilik tidur bersaiz 113.3 meter persegi di apartmen berkenaan berjumlah RM43,236 sebulan.

Manakala seunit rumah dengan tiga bilik tidur atau bersaiz lebih 246.1 meter persegi pula berjumlah RM118,385 sebulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN