KUALA TERENGGANU – Jenazah bayi lima bulan Adam Rayqal Mohd. Sufi yang ditemui mati di dalam peti ais rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor semalam selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Ladang Tok Pelam di sini sebentar tadi. Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian anak sulung pasangan Mohd. Sufi Naeif Mohd. Fauzi, 28, dan Farrah Madihah Othman, 28, tersebut yang selesai sepenuhnya pada pukul 10.30 malam. Seramai hampir 1,000 orang termasuk ibu bapa, ahli keluarga dan sanak saudara menghadiri upacara pengebumian berkenaan. Terdahulu jenazah Adam Rayqal selamat tiba di kediaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya