KUALA LUMPUR 19 Julai – Kesukaran untuk mendapatkan penaja menyebabkan perlumbaan berbasikal tertua di Asia, Jelajah Malaysia (JM) 2018 yang sepatutnya diadakan Oktober ini terpaksa dibatalkan. Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd. Wahab berkata, penarikan diri Titan Empire Event Management (TEEM) selaku penganjur pada saat-saat akhir telah menyukarkan mereka untuk mencari pengganti. Jelasnya, PKBM akan mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) atas pembatalan…










