JOHOR BAHRU 28 Julai – Juara lima kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim menutup tirai kempen Liga Super dengan penuh bergaya apabila menundukkan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam ini. Dalam perlawanan terakhir itu, pasukan tuan rumah berjaya memperoleh gol sulung perlawanan pada minit ke-14 menerusi Fernando Marquez yang menerima hantaran pendek Fernando Cabrera di hadapan gawang lawan. Kuala Lumpur memperoleh dua sepakan percuma pada minit ke-27 dan 45, namun kedua-dua percubaan Paulo Josue dari luar petak penalti berjaya dipatahkan penjaga gol JDT, Mohd. Izham Tarmizi Roslan. Masuk babak kedua, anak buah Raul Longhi tidak menunggu lama apabila Marquez sekali lagi meledak gol kedua selang dua minit perlawanan berlangsung.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. – UTUSAN ONLINE








