IPOH – Kerajaan negeri Perak perlu mengkaji sama ada jawatan penasihat khas kepada Menteri Besar negeri itu perlu diwujudkan serta bidang tugas jawatan itu, kata seorang anggota exco hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kajian secara terperinci perlu termasuk melihat sama ada jawatan itu diperlukan atau sebaliknya oleh pentadbiran kerajaan negeri. “Oleh kerana menteri besar cuma mendapatkan nasihat daripada individu yang…










