Jangan keluar UMNO demi kepentingan peribadi - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Jangan keluar UMNO demi kepentingan peribadi – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan ahli parti agar tidak meninggalkan UMNO hanya demi kepentingan peribadi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Imam tidak pernah meninggalkan jemaah tetapi jika ada makmum yang mufaraqah atau keluar daripada jemaah yang diketuai oleh imam itu, maka mereka tentunya harus memikirkan keputusan tidak harus dibuat berdasarkan pertimbangan peribadi.

“Tetapi sebaliknya kemenangan kita di kerusi-kerusi berkenaan adalah kerana mewakili rakyat yang mengundi dan parti yang memberi peluang dan mandat untuk kita bertanding,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengulas tindakan bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang hari ini mengumumkan keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Mas Ermieyati turut mengaitkan keputusan itu dengan harapannya yang tidak kesampaian untuk melihat ahli UMNO memilih sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu berwibawa dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian dan majlis tertinggi semalam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN