SAUDARA PENGARANG, BAHASA dan budaya ibarat identiti sebuah bangsa, mencerminkan peradaban dan juga kesenian zaman. Malaysia hari ini sungguh beruntung kerana warna-warni rakyat berbilang bangsa menjadikannya sebuah negara yang unik. Tambahan pula, kepelbagaian etnik pribumi yang menyimpan kesenian dan sejarah bumi Melayu sejak berkurun lamanya menjadikan Malaysia sebuah negara kaya dengan seni dan budaya. Namun, arus teknologi terlalu deras menyebabkan batas warisan yang dahulunya menjadi kebanggaan semakin lupus. Malah, terbukanya sempadan antarabangsa dan budaya asing menyebabkan warisan bangsa semakin dilupai. Tidak mustahil sekiranya pada masa akan datang anak-anak kita hanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya