Jamal tiba di Mahkamah Majistret Ampang untuk didakwa - Utusan Malaysia

Jamal tiba di Mahkamah Majistret Ampang untuk didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini kira-kira pukul 3.58 petang tadi.

Jamal yang dibawa ke mahkamah dengan menggunakan kenderaan Polis Diraja Malaysia dilihat memakai baju dan topi berwarna hitam dalam keadaan bergari.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia itu dibawa oleh anggota polis dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat MH710 dari Jakarta, Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau dijangka akan menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan sah.

Terdahulu, Jamal yang menjadi buruan ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada pukul 6.15 petang (waktu tempatan) 2 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN