Jalan Batu Maung - Jalan Sultan Azlan Shah yang dinaik taraf dibuka secara rasmi hari ini - Utusan Malaysia

Jalan Batu Maung – Jalan Sultan Azlan Shah yang dinaik taraf dibuka secara rasmi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 6 Julai – Projek naik taraf Jalan Negeri (P10) dari Batu Maung ke Jalan Sultan Azlan Shah di sini melalui jejambat (flyover) yang bermula sejak Januari 2015 dan siap pada 29 Jun lalu dibuka secara rasmi kepada pengguna jalan raya hari ini.

Majlis perasmian projek laluan sejauh 1.25 kilometer termasuk jejambat sepanjang 650 meter yang keseluruhannya bernilai RM123 juta itu dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian, pagi tadi.

Menurut Baru, projek naik taraf jalan tersebut memberi manfaat kepada semua pengguna jalan raya khususnya dari segi keselesaan serta kelancaran perjalanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa yang sama, katanya, kesan daripada pembinaan projek ini membolehkan kawasan sekitar Batu Maung dan Permatang Damar Laut dibangunkan untuk tujuan komersial selain daripada meningkatkan sosio ekonomi dalam kalangan penduduk setempat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN