KUANTAN 1 Julai – Jabatan Perikanan negeri melabuhkan 19 unit tukun tiruan konkrit jenis kuboid bernilai RM297,600 dengan setiap satu seberat 15 tan di perairan Sungai Ular, dekat sini bagi membantu meningkatkan hasil tangkapan nelayan. Pengarahnya, Azahari Othman berkata, tukun tiruan itu berfungsi sebagai tempat pembiakan pelbagai jenis ikan seperti kerapu, kerisi, merah, selar kuning dan kembung selain udang serta sotong. “Kajian mendapati pelbagai jenis ikan, tumbuhan karang dan hidupan…










