KUALA LUMPUR 29 Julai – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mewujudkan badan khas bagi menyelesaikan isu perumahan Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M), Bukit Jalil di sini. ZURAIDA KAMARUDDIN Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, badan berkenaan akan diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Jayaselan K. Navaratnam bersama wakil pelbagai agensi kerajaan, pemaju dan penduduk. Penubuhan itu diputuskan selepas mengambil kira aduan penduduk berhubung pelbagai masalah seperti keretakan, kebocoran dan…










