RAMALLAH 30 Julai – Tentera Israel menahan empat wartawan Palestin yang bertugas di stesen televisyen Al-Quds selepas Menteri Pertahanan Israel melabel stesen itu sebagai pertubuhan pengganas. Keempat-empat wartawan itu ditahan di Tebing Barat malam tadi manakala peralatan dan sebuah kenderaan milik mereka turut dirampas. Menurut Kesatuan Wartawan Palestin, mereka yang ditahan termasuklah Pengarah stesen itu, Alaa Rimawi. Alaa Rimawi dan dua lagi wartawan berasal dari Ramallah manakala seorang lagi wartawan…










