BAITULMUQADDIS – Parlimen Israel semalam meluluskan undang-undang menjadikan Israel sebagai negara bangsa Yahudi, sekali gus menimbulkan kebimbangan mencetuskan diskriminasi secara jelas terhadap rakyat Arab. Ahli Parlimen Arab dan Palestin menggelar undang-undang itu bersifat perkauman serta cuba membenarkan dasar aparteid. Penggubalan undang-undang itu diterima dengan 62 undi menyokong berbanding 55 membantah. Undang-undang berkenaan turut menetapkan Ibrani sebagai bahasa kebangsaan dan mengisytiharkan komuniti Yahudi sebagai satu kepentingan nasional. Bahasa Arab yang sebelum ini dianggap sebagai bahasa rasmi, hanya diberi status istimewa. Undang-undang itu yang diluluskan awal pagi semalam, menyatakan bahawa Israel sebagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya