Ismail Sabri, Mahdzir Khalid menang jawatan Naib Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Ismail Sabri, Mahdzir Khalid menang jawatan Naib Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disahkan memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bagi pemilihan parti itu semalam.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memaklumkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memperoleh sebanyak 146 undi bahagian.

“Seorang lagi calon yang memenangi kerusi Naib Presiden ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan undi 99. Bagaimanapun satu lagi nama tidak dapat diumumkan kerana terdapat dua orang calon menerima undi yang hampir sama.

“Dua calon itu ialah Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Khalid Nordin. Terdapat 34 bahagian UMNO yang masih belum selesai mengira keputusan undi bagi jawatan ini. Kita akan maklumkan melalui kenyataan media apabila keputusan diperoleh,” katanya pada sidang akhbar di Menara Dato Onn di sini semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN