KUALA PILAH 1 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim, 59, mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah dalam pemilihan parti itu, di sini semalam.
![]() |
|
ISMAIL
|
Beliau menang besar dalam saingan empat penjuru dengan meraih 540 undi berbanding Mohd. Thulhah Mohd. Jais yang mendapat 88 undi, Datuk Mohd. Faudzi Mohd. Ghazali (14 undi) dan Shahruddin Mohammad (11 undi).
Keputusan itu diumumkan kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi melibatkan kiraan undi daripada 687 perwakilan dari 129 cawangan dalam bahagian itu.
Sementara itu, ADUN Johol, Saiful Yazan Sulaiman, 52, tewas dalam persaingan naib ketua bahagian berkenaan kepada bekas ketua pemuda bahagian, Khairolnezam Shaari, 44, dengan perbezaan 23 undi.
Khairolnezam menerima 334 undi berbanding Saiful Yazan sebanyak 311 undi.
Jawatan timbalan ketua bahagian itu dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Adnan Abu Hassan, 48. – UTUSAN ONLINE












