KUALA LUMPUR – Savills (Malaysia) Sdn. Bhd. mengunjurkan harga pasaran hartanah, khususnya kediaman, akan meningkat mulai separuh kedua tahun depan. Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Christopher Boyd, kenaikan tersebut ekoran peningkatan permintaan pembeli dengan penawaran kediaman yang terhad dengan permintaan. “Pada masa ini pasaran hartanah kediaman tidak menunjukkan peningkatan harga yang mendadak ekoran isu stok kediaman di pasaran yang masih tidak terjual serta sentimen pelabur terhadap ketidaktentuan pasaran saham disebabkan oleh…










