MUMBAI – India semalam melucutkan kewarganegaraan empat juta orang di Assam, mencetuskan kebimbangan berlakunya pengusiran besar-besaran penduduk Islam dari negeri berkenaan. Draf pendaftaran kewarganegaraan baharu menyatakan bahawa hanya penduduk yang boleh mempunyai dokumen bagi buktikan bahawa keturunan mereka tinggal di Assam sebelum tahun 1971 layak mendapatkan taraf kerakyatan. Pada tahun tersebut, berjuta-juta penduduk Bangladesh melarikan diri ke negeri Assam akibat perang kemerdekaan. Pengkritik-pengkritik berkata, draf itu merupakan langkah terbaharu kerajaan…










