Hazard makin hampir ke Madrid - Utusan Malaysia

Hazard makin hampir ke Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Julai – Eden Hazard dilaporkan telah mencapai persetujuan secara lisan dengan Real Madrid, kata media di Pe­rancis.

Menurut RMC Sport, Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat Hazard pada musim panas ini.

Laporan itu mendakwa Ha­zard sudah mencapai persetujuan secara lisan dengan pihak pengurusan kelab gergasi Sepanyol itu tetapi Real belum mencapai kata putus de­ngan Chelsea berhubung harga untuk mendapatkan khidmat Hazard.

Selepas membantu Belgium menamatkan persaingan di tempat ketiga Piala Dunia 2018, pemain berusia 27 tahun itu memberi gambaran bahawa dia sedia meninggalkan Chelsea.

“Selepas enam tahun yang menakjubkan di Chelsea, sudah tiba masanya untuk saya meneroka sesuatu yang baharu.

“Sudah tentu selepas Piala Dunia ini. Saya akan memutuskan jika saya mahu kekal atau pergi tetapi apa pun Chelsea yang akan menetapkan keputusan muktamad.

“Jika mereka mahu melepaskan saya. Anda tahu destinasi pilihan saya,” kata Hazard.

Pemain sayap itu masih mempunyai baki kontrak selama dua musim bersama Chelsea tetapi nilainya dijangka menurun secara mendadak jika gagal menandatangani kontrak baharu bersama skuad The Blues.

Minggu lalu, laporan mendakwa Chelsea menuntut sekurang-kurangnya 200 juta pound (RM1.06 bilion) daripada Real.

Dalam perkembangan lain, RMC Sport turut melaporkan Chelsea dan Real sudah bersetuju dengan bidaan 31 juta pound (RM164.62 juta) untuk Thibaut Courtois.

Penjaga gol Belgium itu akan menandatangani kontrak selama empat tahun dengan juara Liga Juara-juara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN