Hati-hati tangani isu UEC - Utusan Malaysia

Hati-hati tangani isu UEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 9 Julai – Alumni GPMS Kebangsaan meminta Kementerian Pendidikan membuat kajian terperinci mengenai cadangan pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) tentang kesan dan akibatnya daripada langkah yang akan diambil.

Syed Anuar Syed Mohamad
Syed Anuar Syed Mohamad

Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, jika mahu terus menunaikan manifesto Pakatan Harapan, calon-calon UEC perlu diwajbkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah iaitu syarat  lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  bagi membolehkan UEC diikitiraf dan menjadi tiket kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam.

“Alumni GPMS Kebangsaan bimbang pengguasaan Bahasa Melayu semakin terhakis dalam kalangan kaum Cina jika mereka dikecualikan mengambil subjek Bahasa Melayu dan sekali gus usaha kerajaan untuk membina Malaysia Baharu yang harmoni dan bersatu akan terbantut.

“Saya telah sempat menyampaikan kebimbangan mengenai UEC dan cadangan tersebut kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek dalam Majlis Aidilfitri anjuran Parti Peribumi Bersatu Negeri Terengganu semalam dan telah mendapat maklum balas positif daripada beliau,” ujarnya Syed Anuar berhubung isu yang makin mendapat tentangan meluas pelbagai pihak.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN