Harimau perlu menang untuk pulih semangat - Utusan Malaysia

Harimau perlu menang untuk pulih semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Tiada alasan selain kemenangan ke atas Fiji dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok sekiranya mahu memperbaiki kedudukan ranking dunia.

Meskipun Fiji bukanlah pasukan kuat namun harus diingatkan bahawa skuad kendalian Christophe Gamel itu berada di kedudukan ke-165 dalam ranking dunia, enam anak tangga di atas Malaysia.

Walau bagaimanapun, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan beberapa kejutan yang dilakukan pasukan-pasukan ranking lebih bawah dalam Piala Dunia yang sedang berlangsung ketika ini memberi inspirasi buat pasukan negara untuk tidak memandang kedudukan ranking.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, bekas jurulatih Kedah itu, menjangkakan persaingan se­ngit bakal dihadapi anak didiknya dalam pertemuan menentang pasukan yang memiliki kelebihan dari segi fizikal dan mengingatkan mereka agar tidak sesekali memandang mudah kemampuan Fiji.

“Saya sudah lihat permainan Fiji dan mereka bukan pasukan yang lemah. Permainan mereka teratur selain memiliki kekuatan dari aspek fizikal.

“Kami perlu memperkuatkan semua posisi terutama bahagian serangan di mana pemain kita dilihat kurang menyerlah dalam Liga Malaysia. Saya perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah itu dan berharap pemain mampu memberikan aksi terbaik,” kata Cheng Hoe dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Namun Cheng Hoe berkata dia tidak meletakkan sasaran untuk meraih kemenangan besar seperti ketika menundukkan Bhutan 7-0 dalam perlawanan persahabatan terakhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 1 April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN