HULU TERENGGANU 30 Julai – Ada suatu kegiatan lazim yang masih berterusan di bandar Kuala Berang yang berkait tradisi perniagaan kecil-kecilan penduduk setempat memasarkan hasil produk kampung masing-masing di pasar Giliran, iaitu pasar pagi sejak seabad yang lalu. Dua hari dalam seminggu iaitu Rabu dan Sabtu, hari-hari itu dinamakan Hari Giliran atau dengan loghat setempat disebut `Harih Gilirang’, dan pasar tersebut suatu ketika dulu di tepi sungai cukup meriah, menghidupkan…










