KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu mengikis stigma terhadap mereka yang mendapatkan kaunseling atau rawatan berhubung masalah kesihatan mental, kata Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata, pandangan serong terhadap individu sedemikian menyebabkan mereka yang menghadapi masalah itu enggan tampil mendapatkan bantuan daripada pihak profesional. “Mesti berlaku satu perubahan dan anjakan berkenaan tanggapan masyarakat terhadap mereka yang mendapat rawatan ini supaya ia tidak dipandang serong atau negatif. “Andai kata ia dapat…