Hamilton rangkul petak hadapan - Utusan Malaysia

Hamilton rangkul petak hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST, Hungary – Cuaca hujan tidak menghalang pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Lewis Hamilton melunaskan hajatnya untuk menempah petak pertama Grand Prix (GP) Hungary selepas meraih catatan masa terpantas pada sesi kelayakan di Litar Hungaroring malam tadi.

Catatan 1 minit 35.658 saat (s) menyaksikan Hamilton meraih petak hadapan buat kali keenam sepanjang kariernya di litar ber­kenaan biarpun hujan lebat turun pada pertengahan sesi tersebut berlangsung.

Pelumba dari Great Britain tersebut disertai rakan sepasukannya, Valtteri Bottas yang akan memulakan saingan di petak kedua setelah menamatkan pusingan kelayakan dengan catatan 0.260s di belakangnya.

Hamilton mengakui gembira dengan kejayaan Mercedes menewaskan dua pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen di petak ketiga manakala Sebastian Vettel di kedudukan keempat biarpun ramai menjangkakan litar tersebut bakal dikuasai jentera pasukan yang berpangkalan di Maranello, Itali itu.

“Kami tidak sangka dapat menghasilkan keputusan seperti ini. Ferrari berjaya membuat catatan paling pantas pada sesi ujian bebas dan kami telah lakukan yang terbaik untuk kejar kedudukan tersebut.

“Sesi kelayakan hari ini (malam tadi) agak sukar. Keadaan litar ke­ring pada awal perlumbaan sebelum menjadi semakin basah pada penghujungnya selain hujan yang agak lebat. Kami tidak mampu jangka keadaan cengkaman tayar,” katanya.

Dalam pada itu, pelumba Renault, Carlos Sainz melakar kejutan apabila berjaya meraih petak kelima sementara pelumba muda Toro Rossi, Pierre Gasly turut membuktikan kemampuan apabila bakal memulakan perlumbaan di hadapan bintang Red Bull, Max Verstappen yang menduduki petak ketujuh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN