BUDAPEST, Hungary – Cuaca hujan tidak menghalang pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Lewis Hamilton melunaskan hajatnya untuk menempah petak pertama Grand Prix (GP) Hungary selepas meraih catatan masa terpantas pada sesi kelayakan di Litar Hungaroring malam tadi. Catatan 1 minit 35.658 saat (s) menyaksikan Hamilton meraih petak hadapan buat kali keenam sepanjang kariernya di litar berkenaan biarpun hujan lebat turun pada pertengahan sesi tersebut berlangsung. Pelumba dari Great Britain tersebut…










