Hamil tiga bulan, Iman Suhana tidak alami alahan teruk - Utusan Malaysia

Hamil tiga bulan, Iman Suhana tidak alami alahan teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 5 Julai – Pelakon telenovela Monalisa, Iman Suhana, 28, bersyukur kerana tidak mengalami sebarang alahan yang teruk atau pelik sepanjang tempoh kehamilannya yang memasuki usia 17 minggu setelah berkahwin pada 16 Mac lalu.

Pendukung watak Melina menerusi siri sebanyak 80 episod itu memberitahu, dia berterima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu terutama suaminya, Muhammad Syazwan Ibrahim, 29, dalam mengharungi dugaan ingin bergelar ibu buat pertama kali.

“Sepanjang trimester pertama, Alhamdulillah saya tidak pula mengidam untuk makan makanan yang aneh-aneh. Saya juga tidak mengalami alahan yang pelik-pelik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segalanya berjalan lancar. Cuma sesekali berasa mual dan loya terutama ketika peringkat awal kehamilan,” katanya yang mendapat tahu berita gembira tersebut ketika kandungannya sudah berusia enam minggu.

Dalam pada itu, Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid menzahirkan kepuasannya kerana dapat terbabit dalam produksi Monalisa yang bakal tamat siaran pada 9 Julai ini.

Selain mendapat tunjuk ajar daripada sutradara Shahrulezad Mohameddin, bintang teater Mud The Musical itu menyifatkan barisan pelakon lain banyak membantunya dalam membentuk watak seorang gadis lembam, adik kepada Melisa yang diterajui aktres cantik Zara Zya.

“Seluruh tenaga kerja dalam produksi ini saling bekerjasama menghasilkan yang terbaik. Bukan sahaja pengarah dan barisan pelakon, malah kru-kru yang terlibat juga sangat membantu. Terima kasih,” katanya.

Monalisa turut dibintangi oleh Nazim Othman, Mona Allen, Hafreez Adam, Shah Hazvee, Elmy Moin, Laila Nasir, Amyza Aznan, Fatin Afeefa, Shahriza Mahmud dan Roy Azman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN