Guru lelaki didakwa cabul murid - Utusan Malaysia

Guru lelaki didakwa cabul murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Seorang guru penolong kanan kokurikulum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid perempuan tahun empat, di sebuah sekolah di daerah ini, dua bulan lalu.

Halidon Samsuri, 53,  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga mengajar subjek seni visual itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 10 tahun sebulan di bilik kokurikulum di sebuah sekolah, dekat sini, kira-kira pukul 10.11 pagi, 25 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali selain dilarang menganggu mangsa serta saksi-saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes pada 30 Ogos ini.

Kisah perbuatan terkutuk guru berkenaan menjadi tular dalam media sosial Facebook apabila mangsa yang berusia 10 tahun dikatakan telah diajak oleh cikgu tersebut ke dalam sebuah bilik di sekolah itu dengan alasan membantu merekodkan markah.

Namun, ketika di dalam bilik itu, guru tersebut menarik tangan mangsa secara kasar dan memaksanya duduk di atas pahanya serta mencabul murid perempuan itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN