SEPERTI kebiasaannya, musim panas di Grand Bazar, Istanbul akan dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjadi hab perdagangan selama beberapa abad. Begitu pun pada kali ini, tiada suara pedagang yang memanggil para pelancong untuk sesi tawar-menawar menjual pelbagai barangan seperti permaidani dan beg tangan. Malah, aroma rempah ratus yang boleh dibau dari jarak jauh turut tidak dapat dihidu. Cahaya pada petang itu semakin melabuhkan tirainya. Sebaik malam menjelma, kedengaran alunan muzik bergema di sekitar bazar itu. Buat pertama kali dalam sejarah Grand Bazar sebagai pusat perdagangan dan jual beli digunakan untuk konsert…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya