Gobind ucap takziah kepada keluarga Khalidah - Utusan Malaysia

Gobind ucap takziah kepada keluarga Khalidah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Khalidah Mohd. Darus meninggal dunia di kediamannya di Kota Warisan, Sepang, semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, Allahyarham merupakan seorang yang sangat komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ketua jabatan.

“Keperibadian beliau sebagai seorang yang periang dan peramah amat disenangi dan kehilangan ini amat dirasai oleh seluruh warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) khususnya di JPDP.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bagi pihak kementerian berharap seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah dalam menempuh kehilangan insan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, media melaporkan, Khalidah maut dibunuh anaknya sendiri yang disyaki mengalami masalah mental dalam satu kejadian di sebuah rumah di Taman Warisan Indah, Kota Warisan, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, mangsa, Khalidah disyaki diserang oleh suspek berdasarkan kesan-kesan yang ditemui. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN