KUALA LUMPUR 4 Julai – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Khalidah Mohd. Darus meninggal dunia di kediamannya di Kota Warisan, Sepang, semalam. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, Allahyarham merupakan seorang yang sangat komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ketua jabatan. “Keperibadian beliau sebagai seorang yang periang dan peramah amat disenangi dan kehilangan ini amat dirasai oleh seluruh warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) khususnya di JPDP. “Saya bagi pihak kementerian berharap seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah dalam menempuh kehilangan insan ini,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya